Showing posts with label Poets / Puisi. Show all posts
Showing posts with label Poets / Puisi. Show all posts

Friday, May 9, 2014

Istighfaran Ku




Oleh: Ahmad Karim - Cimahi Bandung

Hai insan yang beriman
Tengoklah hari yang akan datang
Kerana waktu menuruti mu
Tapi… ingatlah bahawa manusia akan datang
Untuk mendapatkan Rahmat Mu
Ya Istighfar kau menyejuk hatiku
Dikala aku sedang resah
Kerana Engkaulah
Aku datang ke Istighfaran Mu
Amien…yaa rabbal ‘aalamien

Hidayah


Mereka berjaja – kata
Mereka berdansa – gembira
Kelip mata kota bioskop

Mereka kehairanan – tempiaran
Mereka ketakutan – buru pada siang
Kelip mata kota bioskop

Dimana kami
Tunjukkan jalan keluar kesesatan
Limpahi nur Ya Tuhan
Bocah kerdil ketakutan

Mereka berdoa – mendongak
Mereka hampa – seribu warna
Kelip mata kota bioskop
Pudar – gelap gulita

Kelahiran Cinta



Lahirnya manusia
Perlukan kasih sayang
Cinta yang tulin
Wujud dari hati yang ikhlas

Cinta bagaikan tetes embun
Menyegari dedaun diwaktu pagi
Cinta bagaikan embun yang hilang
Bila terbit mentari

Hidup tanpa cinta
Bererti hidup ini kosong
Dibawa gelombang hidup
Mengikut rentak nadi perasaan
Hidup bersama cinta
Hidup yang jauh dari kebebasan

Gerhana






Oleh: PialaZy

Gerhana indah yang ku harapkan talah hilang entah kemana,
Pilu sungguh dirasa hanya mendung pandangan yang tiada ku ingini
Meliputi pandanganku…….

Akhirnya aku tersungkur menelukup kebumi
Rasa sukar untuk ku bangkit
Zahir ku senyum, tertawa bergurau senda, gembira pandangan mata
Isi hatiku hanya Allah yang mengetahui dan aku yang merasakan

Rupanya minyak yang ku tatang, tumpah akhirnya
Onak-onak ranjau berduri menyiksa setiap langkah kakiku
Hendak ku teruskan perjalanan berat terasa
Apabila jalan ku terusi, terpandang wajahmu menanti
Nun di sana engkau menanti seperti selalu……

Tapi sayang, impianku serupa dengan gerhana yang tak kelihatan itu

HALIJAH




Oleh: PialaZy

Hadapkan dirimu, sujud pada Allah yang Esa

Allah menimbang segala amal maaruf nahi mungkar hambaNya yang bergelar makhluk

Lantas berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid memuji Allah azza wajal-la

Insaf akan segala noda hitam yang menyelaputi dirimu dalam perjalanan hidup selama ini

Justeru jangan sekali dinodai kesucian rukun kelima dan arkan yang lain

Allah bersama tangisan hambaNya setiap saat bagaikan gerakkan nadi-nadi

Hanya Allah menentukan maqam terakhir perjalanan hambaNya untuk bersama-sama kekasihNya

Diantara Dua Istana




Oleh: PialaZy

Istana bersalut intan
Jelas nampak cahayanya
Istana bersalut berlian
Jelas kusam cahayanya

Diantara dua istana
Dua cahaya
Didua persimpangan
Patutkah dibanggakan
Kedua batu adalah perhiasan

Kebanggaan tiada lama
Pastikan pupus
Diantara dua cahaya

Aku


Oleh: PialaZy


Aku ingin cantik seperti dirimu
Kehidupan terasa gersang tanpa kehadiran mu
Hijaunya alamku bangkitnya generasiku
Jangan anda rusakkan lingkungan hidupku
Aku tak kan lestari tanpa kasih sayang mu
Indahkah lingkungan itu tanpa kehadiran mu….

Piala Keagungan


Oleh: AlRohani

Hiasilah rohanimu secantik wajahmu
Betapa menarik dalam kesederhanaan
Lahir kecantikkan itu bukan dari rambut yang beranyam
Melainkan sifat yang baik pada batinnya
Itulah perhiasan yang tiada akan binasa
Perangai yang lemah lembut dan pendiam
Hati yang ikhlas terpelihara dari segala
Disitulah terpancar Piala Keagungan Hidup
Keturunan yang dapat mengerti Cinta Allah
Serta sanggup berkuburan membalas kasih tersebut.

Selendang suteramu itu
Nan menutupi mahkota kejelitaanmu
Wajahmu kan bertambah ayu
Tundukkan kepala pandanganmu kebawah
Tanda seorang wanita pemalu
Itulah sifat Orang Beriman
Menjaga kehormatannya dari ternoda
Demi kerana Takutkan Allah

Sedarilah dikau
Keindahan sebuah rumah terletak di Tanganmu
Bunga pelita hatimu
Sinar semerlang istana Suamimu
Pabila kamu berdukacita…..senyumlah
Kerana senyumanmu mencerminkan
Peribadi yang indah
Tabahlah menempuh segala dugaan
Senyum kan memberi kesan yang baik
Bagaikan cahaya yang menerangi seluruh kamar
Sabar adalah Ubat yang terbaik untuk segala kesukaran
Kesabaran itu Pahit tetapi Buahnya Manis

Andai bumi ini penuh dengan Pendidikan Ibu
Tiada aka nada huru-hara
Dunia tidak akan bermuram durja
Alam maya tak kan pincang dan dukacita

Sekeping Warkah Hati


Oleh: PialaZy

Sekeping warkah hati
Menjadi kaku
Memburu pada siang dan malam

Sekeping warkah hati
Merasa menjadi peri bila di tusuk duri
Memburu pada siang dan malan

Sekeping warkah hati
Menjadi gersang pabila dunia hampa
Dengan keadaan sekelilingnya

Terkulai Layu



Oleh: PialaZy

Masyarakat kan gembira
Kerana tiada kerosakkan akhlak dari nak muda
Berbahgialah segenap ummat
Insan beriman kan di cucuri rahmat

Kau ibarat bunga di taman indah
Mekar kembang mu menjadi pujaan
Harum bau mu menjadi ciuman
Bertahta di atas dahan nan indah
Di pagari daun-daun menghijau
Seteru mu kan cemburu
Ia berusaha mengungguri mu
Terlantar ke bumi tiada sehelai daun menyelubungi mu
Layu terkulai tiada berharga

Ning Nang Ning Gong



Oleh: PialaZy

Dalam tiupan bayu
Bunyi kacuak berbisik-bisik
Ning Nang Ning Gong

Dalam tiupan seruling
Bunyi katak-katak bersenandung
Ning Nang Ning Gong

Dalam siulan remaja
Bunyi cicak memanggil-manggil
Ning Nang Ning Gong

Dalam kerinduan hati
Terdengar dak-duk-dak-duk-dak-duk
Ning Nang Ning Gong

Mata melihat tangan bergerak
Badan bergoyang
Ning Nang Ning Gong

Gelagat tarian
Gelagat bahasa semuanya instan
Ning Nang Ning Gong

Ning Nang Ning Gong
Ning Nang Ning Gong
Ning Nang Ning Gong

Salak


Oleh: PialaZy

Tegak galak kau menglikari bumi wujud
Dimana saja………di Cianjur, Cibogo, Cibodas, Cipanas kau masih tertawa
Di Sukabumi kau melebarkan dada dan bahu sombongmu
Itu membuat orang pusing……
Namun kemegahanmu diperalatkan
Kan di dewa-dewakan orang
Sakit yang kau deritai tidak kau luahkan
Mengapa……dan mengapa……
Lingkaran istanamu di injak-injak
Pohon-pohon yang menjadi kekayaan orang
Dia malik negarabukan utusan tuhan
Dia ingin memuncak di keunggulan puncakmu
Memang kau di hina hingga saat ini
Memang galak namamu di hati orang
Tapi kau pengecut di pihak Malik
Sambutlah salam kemarahanmu Salak
Wahai Salam kau keunggulan Bogor
Biar namamu di tinta emas dalam sejarah
Wahai Salak kau tetap di abadi
Disanjung sebagai nadi keunggulan Bogor

Syaquah


Oleh: Pu3Nur

Syaquah
Sejak diisytihar
Bersambung-kait nilai ilmu
Langit biru mengapa jerebu
Dian dinyala kenapa kelabu
Syaquah
Sejak diiystihar
Makin semarak bahasa syurga
Wangimu kasturi sarat sekali
Alunmu merdu merindu malu
Syaquah
Sejak diiystihar
Bersusun-tindeh alfateha
Usia seadanya alhamdulillah
Membolehkan putri terus gigih
Memperbetul langkah terhalang
Mengutip nurani yang hamper hilang
Syaquah
Sejak diiystihar
Bertali-arus bahasa sufi
Mendekatkan putri kepada Kekasih
Berlumba amal makruf nahi mungkar
Bergegas istighfar menebus dosa
Bersungguh istiqamah menghimpun doa
Alangkah indah hidup ini
Atas redha Mu ya Ilaahi
Nikmat syukur paling besar
Nikmat apabila hidup putri terpimpin
Sesudah Syaquah

Dari Dua Persimpangan

Oleh: PialaZy






Dari dua persimpangan
Kesuatu perjalanan
Disuatu pertemuan
Dengan satu matlamat
Untuk ………
Memohon keredhaanNya
Memohon rahmatNya
Menyerah kepadaNya
Mengabdi kepadaNya

Di Haramain
Senantiasa bertemu langkah
Di Raudhah saling berdakap
Memecah kesyahduan timbul tangisan
Meminta syafaah kekasihNya
Di Kaabah langkah dihayun
Keringat membasahi
Mencari keagungan Ilahi

Di Arafah
Debu pasir pencuci dosa
Berdoa merafaq tangan memohon ihsan
Dari Tuhan yang Esa

Di Muzdalifah
Berzikir dan bertahmid bergema
Mata berkeliaran mencari kerikil
Bukan untuk teman tapi untuk lawan

Di Mina
Tangan bergerak tidak tertahan
Di Aqabah tempat persembunyian
Tempat lawan namanya Syaitan
Jeritan
Kebencian
Laungan masih terngiang-ngiang
Persetan dengan dia
Allahu Akbar
Tanda kebesaran

Sampai ketika perpisahan berlaku
Mata terpaku, lidah kelu, membisu
Terpahat wajah di Baitullah
Airmata, jangan kata
Ya Allah panggil lah aku berkali-kali
Untuk bertemuMu

Syisya







Oleh: PialaZy

Hati mereka terusik
Bagai dipecut
Menanti dan menanti
Tersedia hamparan sejadah
Mereka berseloroh
Mungkin ..
Milik kami telah dirampas
Kicauan burung dikamar kedengaran
Mereka ceria
Kedatangan disambut

Takbir diangkat
Siraman rohani diharap
Zikrullah diserap
Al-Quran ditatap
Itulah kedamaian hati yang dicari
Mereka duyufur Rahman

Kehausan…..mereka
Kuping telinga dibuka
Bibir berzikir
Airmata membasahi pipi
Kesyahduan mula terisi
Semakin dekat nurani
Pada Ilahi

Ya Ilahi
Anta maqsudi
Waridhaaka matlubi
Ampunilah kami Ya Allah
Terimalah kami Ya Allah
Sambutlah kami Ya Allah
Itulah doa mereka dalam qalbi
Satu penyerahan
Bukan satu siksaan

Bertafakur dan bersyukur
Pertemuan berakhir
Hati saling ikhlas
Kata senantiasa beralas
Salam turut berbalas
Tapi…
Jalan yang dicari masih jauh
Yakin..
Pasti mereka akan bertemu
Ketika nanti dengan khaliq pencipta

Ingatkah Kalian





Ingatkah kalian ….disatu ketika …….kita bersama

Di Kota Bercahaya
Memuji keagunganNya
Berselawat dan berzikir memuji kekasihNya
Di Taman Raudhah kalian berdoa
Di Maqam Rasul pilihan kalian memberi salam
Airmata jatuh bercucuran
Dihadapan Baginda utusan Tuhan
Baqe jadi hamparan rumah kekal buat sandaran
Umahatur Rasul kekal abadi Perkuburan Baqe tempat bersemadi

Ingatkah kalian….disatu ketika …….kita bersama

Berumrah ke Quba tanpa ihram
Bersolat dua rakaat mohon syafaat
Uhud mengembalikan sejarah
Gugurnya paman dan ashab Rasulullah
Di Qiblatain kita berziarah
Tanda Islam agama imaarah
Di Pasar Korma
Berjenis tamar ada dipasaran tamar Ajwah jadi pilihan
Kalian kelihatan ceria dipermulaan
Berat tamar jadi keletihan……


Ingatkah kalian….disatu ketika …….kita bersama

Di Bir Ali jadi perhentian
Bermula niat dalam ihram
Labaikallah humma labaik jadi ucapan
Panggilan dan sahutan jadi kenangan
Di kota kelahiran Nabi
Bermula
Kalian bertawaf
Kalian bersai
Mahu kemana kalian lagi
Sudah, sudah selesai
Mabruur

Wednesday, May 7, 2014

Kecundang


Kau kecundang ombak
Perjuanganmu mendapatkan ku
Tidak pernah berhasil
Kurun lamanya

Apa ada pada namamu
Tanpa kewujudanmu yang konkrit
Kau hanya menumpang dipermukaan air
Kau hanya biasa bergerak bila ditiup angin

Tempatmu hanya dibibir manis
Sepasang kekasih
Kau sebenarnya tidak pernah berjuang habis-habisan
Untuk membuktikan
Hak dan kewujudanmu