Wednesday, May 7, 2014

Apa Dia Rumah Itu?




Wahai manusia! Bukankan engkau setiap hari beredar dari satu masa ke masa yang lain. Umurmu terus bertambah, sedang buku catatanmu terus terpenuhi hingga kepada yang sekecil-kecilnya sekalipun.

Wahai manusia! Ingatlah bahawa cahaya petunjuk agama itu adalah jelas dan terang. Mengapa anda tidak memerhatikan? Engkau terus mengharapkan hidup menungkat langit, padahal engkau cukup mengetahui apakah kesudahan orang yang mencita-citakan hidup serupa itu?

Wahai manusia! Alangkah ajaibnya seorang Mukmin yang sudah meyakini hari pembalasannya dan hari soal jawabnya, namun dia tetap hidup bersenang-lenang penuh dengan kepura-puraan. Celaka engkau, wahai manusia! Ingatlah siapa yang mengundangmu dan membuka rumahnya, tentulah dia telah mengutamakanmu, jika engkau benar-benar mengetahui apa dia rumah itu?

No comments:

Post a Comment