Wednesday, May 7, 2014

Lailatur Qadri Khairum Min Alfi Shahr

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari Malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1) Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan

2) Isnin – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan
3) Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan

4) Khamis – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan

5) Sabtu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam
qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilahlah bersama kita memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah swt, semoga Allah mengurniakkepada kita kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita senandainya kita beribadat kepadanya dengan penuh keimana dan keikhlasan.

No comments:

Post a Comment